Home
Selamat Datang ke Laman Pelangi Homestay Kuantan PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Wednesday, 22 February 2012 10:33

Terima kasih di atas kesudian anda untuk klik pada iklan google adsense kami dan seterusnya melawat laman web Pelangi Homestay Kuantan. Untuk makluman anda, muka surat ini adalah merupakan muka surat yang memberikan ringkasan maklumat tentang homestay kami. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, seperti melihat gambar-gambar berkenaan homestay, kalendar tempahan, peta lokasi dan lain-lain, anda diminta untuk klik pada tab 'Laman Utama'  di Menu Utama yang terdapat di sebelah kiri muka surat ini..........

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay (RTPHS) terletak di bandar Kuantan, Pahang, Malaysia di pinggiran jalinan jalan utama Kuantan dengan KL, JB, Melaka, dan lain-lain. Merupakan rumah teres setingkat berkeluasan 900kps dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Terletak berhampiran 7-Eleven (ATM - AMBG), Klinik, Klinik Gigi, Pos Mini, Kedai Roti, Kafe Siber, Mini market, Restoran, dan Warung. 

 

Lokasi

Rumah tamu Pelangi Homestay berdekatan dengan Masjid Permatang Badak (200m), medan selera Taman Sepakat (300m), restoran (100m), klinik, kedai 24 jam, dobi, pos mini, (100m). Jarak ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) hanyalah sekitar 20 minit berkenderaan manakala untuk ke Medan Selera Tanjung Lumpur cuma mengambil masa 15 minit. 

 

Kemudahan & Kelengkapan

Dilengkapi dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta ruangan dapur kering tersedia dengan dapur microwave dan periuk elektrik. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara bagi bilik tidur utama, manakala di ruang tamu serta setiap bilik tidur juga dilengkapi dengan kipas siling. Kelengkapan lain yang turut disediakan kepada tetamu ialah:

 

- TV LCD 32"

- ASTRO Decoder (sila bawa kad ASTRO anda sendiri)

- PERCUMA WiFi Streamyx Tanpa Had

- Peti Sejuk

- Set sofa kulit

- Meja makan (6 dudukan)

- Cerek Elektrik

- Ketuhar Gelombang Microwave

- Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk, sudu garfu, dan lain-lain. 

- Ruang pakir memuatkan 2 + 1 kereta

 

Bilik

Bilik tidur utama dan bilik belakang dilengkapi dengan katil bersais queen manakala bilik bujang pula dilengkapi dengan dua katil bujang. Setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling manakala bilik utama turut dilengkapi dengan penyaman udara.

 

Harga

Kadar harga ialah rm150 untuk 2 hari satu malam. Bagi penginapan untuk tempoh yang lebih lama, kadar potongan istimewa boleh dirundingkan.

 

Keselamatan

Pelangi Homestay dilengkapi jeriji keselamatan bagi setiap pintu dan juga tingkap. Pintu jeriji pula, ianya dilengkapi dengan tapak untuk memasang mangga kunci samada dari dalam mahupun dari luar bagi memastikan keselamatan tetamu. Tetamu juga SANGAT DIGALAKKAN untuk membawa mangga kunci sendiri bagi pagar, pintu utama dan pintu belakang.

 

Pertanyaan & Tempahan

Pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui Pn Nisa di 019-9175690 atau emailkan kepada  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  dan salinan (cc) kepada  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Friday, 24 February 2012 03:05
 
Copyright © 2014 Penginapan Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.