Webwww.jompergi.com

Kalendar Tempahan Pelangi Riverview Kondominium Kota Bharu

loader

Kalendar Tempahan Pelangi Homestay Kuantan

loader

Waktu Solat

Currency

Home Category Blog Bilakah masa sesuai melawat Kelantan?
Bilakah masa sesuai melawat Kelantan? PDF Print E-mail
Saturday, 21 August 2010 15:25

Negeri kelantan sepertimana negeri-negeri lain yang terletak dipantai timur semenanjung biasanya akan menerima jumlah taburan hujan yang tinggi hasil tiupan angin monsun timur laut apabila menjelang musim tengkujuh. Biasanya musim tengkujuh akan berlarutan selama lima bulan bermula sept hingga awal febuari. Kemuncaknya selalunya berlaku pada bulan november dan december yang boleh membawa kepada fenomena banjir. Selalunya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kawasan-kawasan rendah di negeri kelantan akan dinaiki air. Namum ada ketikanya fenomena banjir tersebut boleh berlaku sehingga tiga kali.

Akibat daripada seringnya banjir tersebut melanda kelantan, bagi rata-rata masyarakat kelantan, mereka cenderung untuk menggangap musim banjir sebagai musim ’pesta air’ dimana mereka yang berada di kawsan-kawasan yang bebas daripada banjir akan membawa ahli keluarga bersiar-siar untuk melihat air banjir. Para peniaga pula sentiasa bersedia untuk mengambil kesempatan bagi memenuhi permintaan yang wujud hasil daripada aktiviti tersebut.

Bagi tetamu-tetamu dari luar kelantan, masalah yang kerap dihadapi ialah terputus jalan perhubungan darat akibat daripada jalan-jalan utama yang dinaiki air. Namun akhir-akhir ini, pihak berwajib telah selesai menaik taraf kebanyakan daripada jalan-jalan yang mudah ditengelami air dengan meninggikan paras jalan-jalan berkenaan. Hasilnya dewasa ini jarang sekali kedengaran berita tentang pengunjung yang terkadas lebih daripada sehari. Pengunjung juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada bilik gerakan banjir negeri atau balai-balai polis tempat masing-masing sebelum memulakan perjalanan untuk pergi atau balik dari kawasan-kawasan yang terlibat.

Musim-musim perayaan pula, negeri kelantan akan dibanjiri oleh perantau-perantau yang akan pulang bercuti untuk berhari raya. Ini secara tidak langsung telah membawa kepada kesesakan yang teruk di kawasan-kawasan bandar atau jalan-jalan utama yang menghubungkan antara bandar. Keempat-empat jambatan utama yang merentasi sungai kelantan iaitu masing-masing di jambatan sultan yahya perta di kota bharu, jambatan tendong, jambatan salor dan juga jambatan di tanah merah adalah antara tempat yang paling teruk terjejas. Justru sedikit ’homework’ dengan melihat peta bagi mencari jalan-jalan alternatif yang banyak terdapat boleh membantu menjimatkan masa anda beberapa jam untuk setiap perjalanan. Sekiranya anda dilengkapi dengan sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS), ia akan membantu memudahkan lagi pergerakan anda. Ini kerana peta GPS bagi kelantan adalah agak lengkap dan terkini. Bagi mereka yang menggunakan sistem Garmin atau MapKing, anda boleh mendapatkan/muat turun fail berkenaan secara percuma dari laman web www.malsingmap.org. Anda boleh mengujinya dengan mencari ’pelangi mall’ dan anda tidak akan dikecewakan.

Musim cuti penggal persekolahan juga telah dikenalpasti sebagai musim kelantan diserbu oleh ’orang luar’. Namun kesannya tidaklah seteruk musim-musim perayaan. Musim ini hotel-hotel ternama hinggalah kepada home-stay kendalian individu-individu persendirian adalah sangat laris mengalahkan goreng pisang panas. Harga juga biasanya melambung tinggi. Malah banyak juga kenderaan-kenderaan yang didapati terpaksa parking di tepi-tepi masjid untuk tumpang bermalam apabila tiada bilik untuk menginap. Pada musim-musim berkenaan, pengunjung adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya serta membuat tempahan awal di hotel-hotel atau rumah-rumah tumpangan yang bersesuaian. Bagi mereka yang bercadang untuk berada disekitar kawasan bandar sepanjang percutiannya, dinasihatkan untuk mendapatkan penginapan di kawasan-kawasan yang memerlukan pergerakan kenderaan yang minima. Ini kerana sekiranya pengunjung terpaksa memasuki bandar dengan berkenderaan, maka bersedialah untuk berhadapan dengan tahap kesesakan yang setanding malah mungkin lebih teruk dengan KL. Masalah kedua yang perlu dihadapi ialah untuk mendapatkan petak-petak parking yang jumlahnya agak terhad.

Last Updated on Sunday, 09 January 2011 08:02