Webwww.jompergi.com

Kalendar Tempahan Pelangi Riverview Kondominium Kota Bharu

loader

Kalendar Tempahan Pelangi Homestay Kuantan

loader

Waktu Solat

Currency

Home Homestay PAHANG Putra Homestay
Putra Homestay Kuantan PDF Print E-mail
Saturday, 07 July 2007 09:54

Putra Homestay memulakan operasinya secara rasmi bermula 1 Julai 2010. Ia beroperasi di rumah teres setingkat 3 bilik dengan 2 bilik air yang telah diubahsuai dengan dapur yang telah diperluaskan. Terletak dilokasi yang strategik berhampiran dengan bandar Kuantan dengan jaraknya cuma 8 km sahaja. Kedudukan rumah juga adalah sangat elok dengan jalan hadapan selebar 40 kaki menyediakan ruang meletak kenderaan yang luas bagi tetamu yang datang dalam bilangan yang ramai. Jalan bahagian depan perumahan juga adalah merupakan jalan mati. Ini menyebabkan situasi lalulintas adalah tidak sibuk dan hanya digunakan oleh penghuni perumahan sahaja menjadikanya lapangan permainan bagi kanak-kanak di waktu petang.

 

Lokasi PHS

 

Pelangi Mall

Lokasi

Putra Homestay terletak di lokasi yang strategik di laluan utama menghubungkan Kuantan – Johor Bharu, Segamat, Seremban, Melaka serta Kuala Lumpur. Ini memberikan kemudahkan bagi tetamu yang datang berkunjung dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspres. Bagi yang bercadang menggunakan laluan udara pula, Putra Homestay terletak cuma 5 km daripada lapangan terbang Kuantan serta diperjalanan menghala ke bandar Kuantan.

Putra Homestay juga sesuai bagi mereka yang bertandang atas sebarang urusan berhubungan dengan IPT seperti urusan konvokesyen, pendaftaran pelajar, kursus, mesyuarat dan sebagainya. Ini memandangkan Putra Homestay terletak berdekatan dengan lokasi institut pengajian tinggi terkemuka seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) - 1km, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Syah (KIPSAS) - 2km, Kolej SyahPutra (6km) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Perubatan dan UiTM - 8km, Universiti Malaysia Pahang (UMP) -  23km, Kolej Matrikulasi Pahang & Kolej Komuniti - 28km

Bagi yang berkunjung atas urusan kerja, Putra Homestay terletak kira-kira 30km dari Pusat Perindustrian Petrokimia Gebeng. Meskipun jaraknya yang agak sederhana jauh, namun tempoh perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja dengan menggunakan lebuhraya pintasan pelabuhan yang baru dinaik taraf. Untuk ke Bandar kuantan, tempoh perjalanan cuma mengambil masa 5 minit sahaja menggunakan kenderaan dengan jarak hanya 8 km.

Bagi mereka yang mempunyai sistem GPS, mereka boleh setkan lokasi Putra Homestay di kedudukan 3o 46’ 40.36” N dan 103o 16’ 09.57” E pada sistem penerima GPS masing-masing. Selebihnya serahkan saja pada sistem GPS, perjalanan anda pasti dipermudahkan.

 

Kemudahan

Kedudukan Putra Homestay di tepi jalan utama memberikanya lokasi yang berdekatan dengan kemudahan asas seperti warung, kedai runcit, klinik, farmasi, mini market, mesin ATM, 7-eleven, masjid, mini pos dan sebagainya. Malah bagi peminat roti canai, warung juga sangat berhampiran. Tetamu hanya perlu melintas ke seberang jalan dengan anggaran jaraknya hanyalah kira-kira 200 meter sahaja dari Putra Homestay.

 

Kelengkapanruang tamu

Dari segi kelengkapan, Putra Homestay menyediakan kemudahan yang agak lengkap. Ruang tamu dilengkapi dengan peti telivisyen, set kerusi tamu serta hiasan ringkas. Ruang dapur pula lengkap dengan kabinet dapur, peti sejuk, mesin basuh automatik, dapur gas, periuk, pinggan mangkuk, sudu garpu, dan sebagainya menjadikanya sesuai bagi para suri rumah yang bercadang untuk menyediakan hindangan sendiri bagi keluarga.

Bagi mereka yang bercadang untuk bertandang bagi satu jangka waktu yang lama, kemudahan mesin basuh yang tersedia mampu menghilangkan kerisauan tentang lampakan pakaian yang tidak berbasuh. Bagaimanapun sekiranya memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi, ianya tersedia cuma dalam jarak 200 meter dari Putra Homestay.

ruang dapurAspek keselamatan juga amat dititik beratkan dengan setiap tingkap dilengkapi jeriji keselamatan bagi mengelakkan daripada pencerobohan sewaktu rumah ditinggalkan.

Bilik Air Utama

 

Bilik Air

Putra Homestay dilengkapi dengan 2 bilik air dengan tandas duduk bagi keselesaan tetamu. Kamar utama dilengkapi dengan bilik air berasingan manakala  satu lagi bilik air terletak dibahagian laluan dari dapur ke ruang tamu.

 

 Capaian Internet

Bagi mereka yang memerlukan kepada capaian internet, anda hanya perlu membawa modem HSDPA beserta laptop. Ini kerana Putra Homestay terletak dalam lokasi capaian rangkaian 3G menjamin capaian internet yang stabil serta berkepantasan tinggi. Bagi yang tidak membawa note book atau mempunyai modem sendiri, cafe siber hanya berada beberapa meter sahaja diseberang jalan.

 

Kadar Sewaan

Kadar sewaan adalah sangat berpatutan. Bagi sebuah rumah dengan 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan penyaman udara keseluruhanya, kadar harga pengenalan adalah rm160 sahaja untuk penginapan selama 2 hari 1 malam. Bagi penginapan melebihi 2 malam, harga masih terbuka untuk dirundingkan.

Kadar ini adalah sah untuk satu tempoh promosi sahaja dan kadar baharu akan diguna pakai bermula satu tempoh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan terus kepada En Zoha di 019-956 7544, atau Cikgu Syukor 019-925 5923, atau Cikgu Muza 013-933 8767 atau email ke pertanyaan@jompergi.com

Last Updated on Friday, 07 January 2011 00:29