|
Pelangi Riverview Kondominium merupakan rumah tamu (guest house) yang menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat untuk bertandang ke bandar Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Terletak di pinggiran aliran tenang sungai kelantan di blok B bangunan Pelangi Mall yang merupakan mercu tanda terbaru Kota Bharu, amat mudah untuk dilihat bagi mereka yang pertama kali bertandang ke bandar ibu negeri cik siti wan kembang tersebut. Ia terletak diatas tapak seluas ??ha dan terdiri daripada 3 blok bangunan setinggi 15 dan 23 tingkat.

Kedudukan Pelangi Mall yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu menjadikan Pelangi Riverview Kondominium sebagai sebuah rumah tamu (guest house) yang menjadi tarikan utama kepada pelawat yang mengunjungi negeri kelantan samada untuk percutian keluarga mahupun untuk tujuan tugasan rasmi.

Lokasi
Rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium berada dilokasi yang amat berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti medan selera, pusat tarikan pelancongan, klinik, shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya. Bagi pelancong, pusat tarikan utama hanyalah berada dalam linkungan jarak berjalan kaki sahaja. Untuk ke medan selera Tambatan Di-raja jaraknya hanyalah 2 minit, masjid Muhammadi, Padang Bank, Bank Kerapu - 5 minit. Pasar Siti Khatijah, The Store, Pantai Timur, serta bank-bank utama (CIMB, BIMB, HSBC, RHB) - 10 minit berjalan kaki. Apa yang penting juga, rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium Apartment boleh dicapai dengan mudah melalui beberapa jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan sewaktu musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.

Kemudahan
Konsep penginapan seperti di rumah sendiri dengan kemudahan bertaraf hotel telah menjadi aspek tarikan utama kepada tetamu-tetamu yang menginap. Antara beberapa kemudahan gunasama yang tersedia ialah: - 2 buah kolam renang (kanak-kanak dan dewasa) - 2 Sauna (Lelaki dan Perempuan) - Gimnasium - Pengawal keselamatan (24 Jam) - 2 unit lif untuk setiap blok - Parking khas untuk setiap unit. Kedudukan kolam renang serta gimnasium yang terletak di aras 10 juga menjanjikan suasana yang nyaman dan selesa kepada pengguna.
Disamping itu juga rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium di Pelangi Mall direkabentuk dengan menarik bagi membolehkan pengunjung menikmati panorama indah sewaktu terbenam pada waktu petang. Dari aras 10, pengunjung akan dapat menyaksikan 80% daripada keseluruhan panorama bandar kota bharu. Arah utara pula hampir keseluruhan daerah tumpat, dan pasir mas dapat dilihat. Malah sebahagian tanah tinggi negara thai juga turut kelihatan dengan jelas.
Kelengkapan
Pelangi Riverview Kondominium terletak di aras 21 menghadap ke sungai kelantan. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang dilengkapi dengan kabinet. Tersedia dengan kemudahan 4 bilik tidur serta 3 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan melebihi 1500 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.
Pelangi Riverview Kondominium juga dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara berkuasa tinggi (dari 1hp hingga 2hp) di ruang tamu serta 3 bilik utama. Apa yang istimewa ialah kemudahan penyaman udara tersebut dikofigurasikan sebagai kemudahan pilihan (optional) iaitu tetamu boleh memilih samada untuk menerima atau menolak kemudahan tersebut. Ini bagi memastikan ianya berada ditahap 'mampu' bagi tetamu yang memerlukan penginapan berbentuk bajet disamping turut tidak mengenepikan keperluan bagi tetamu yang mementingkan keselesaan maksima bagi keluarga.

Aspek keselamatan juga amat dititik beratkan dengan setiap tingkap dilengkapi jeriji keselamatan bagi mengelakkan kemalangan terutama terhadap kanak-kanak. Antara kelengkapan utama yang disediakan kepada tetamu ialah: - Pemanas air (setiap bilik air utama) - Peti Sejuk - Set sofa - Meja makan (6 kerusi) - Peti televisen - Cerek Elektrik - Induction Cooker - Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk.

Bilik Air
Bagi unit PRK, setiap bilik mempunyai akses terus ke bilik air dengan bilik utama dan bilik kedua masing-masing mempunyai bilik air sendiri yang dilengkapi dengan unit pemanas air (water heater). Manakala bagi bilik ketiga dan bilik bujang, terdapat satu lagi bilik air yang dikongsi bersama bagi kedua-dua bilik berkenaan. Kedua bilik tersebut direka khusus mereka yang bertandang dalam satu keluarga yang mempunyai anak bujang. Ini kerana bilik ketiga dilengkapi dengan katil bersais queen manakala bilik bujang pula dilengkapi dengan dua katil bujang. Bagaimanapun buat masa ini, bilik ketiga masih belum dilengkapi dengan penyaman udara dan hanya bergantung kepada pengudaraan daripada kipas siling.

Aktiviti
Segala aktiviti disepanjang sungai kelantan pastinya tidak akan terlepas daripada mata para pengunjung. Tambatan diraja yang menjadi tempat mengukur aras banjir dapat dilihat jelas disamping rumah-rumah rakit termasuklah yang digunakan oleh polis marin. Aktiviti bot-bot tambang yang berulang alik membawa penumpang dari Palekbang amat mengasyikan serta menjadi penyeri kepada aliran air sungai kelantan yang selebar lebih kurang 300 meter.
Capaian Internet
Bagi mereka yang memerlukan kepada capaian internet, Pelangi Riverview Kondominium dilengkapi dengan capaian Wi-Fi Streamyx secara PERCUMA kepada tetamunya. Tetamu hanya perlu ke membawa notebook atau peranti-peranti lain yang boleh membuat capaian kepada internet. Namun sekiranya tetamu selesa untuk menggunakan Broadband internet sendiri, ianya tidak menjadi sebarang masalah. Ini kerana Pelangi Riverview Kondominium terletak di tengah-tengah bandar yang mempunyai capaian rangkaian 3.5G. Malah sambil pekena kopi diaras bawah, atau menyaksikan gelagat mereka yang bermain jetski, anda boleh melayari internet secara percuma melalui hotspot yang tersedia di Oriental Kopitiam.
Kadar Sewaan
Kadar sewaan yang dikenakan adalah amat berpatutan. Bagi memberikan lebih nilai pada wang anda, pihak Pelangi Riverview Kondominium (PRK) telah memperkenalkan kadar istimewa, iaitu RM300 / malam bagi unit 4 bilik dan RM250 / malam bagi unit 3 bilik.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan terus kepada Pn Nisa di 019-9175690 atau email
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
dan salinan (cc) kepada
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
. (email kepada kedua-dua alamat email diatas adalah penting memandangkan kadangkala kami menghadapi masalah capaian terhadap salah satu email berkenaan) |